5 Sebab Untuk Tukar Kepada Solid State Drive (SSD)

5 Sebab Untuk Tukar Kepada Solid State Drive (SSD)

Apakah itu SSD dan fungsinya?

Apakah anda tahu apa itu SSD dan fungsinya? SSD atau nama penuhnya Solid State Drive merupakan penyimpan media data dalam memori kilat solid-state. SSD ini menggunakan himpunan litar bersepadu sebagai ingatan untuk menyimpan data secara berterusan. Untuk lebih senang dipahami, SSD ini umpama Pendrive atau pun USB Drive yang digunakan untuk menyimpan data anda. Segala informasi dan data akan disimpan di dalam SSD dan dikumpulkan menggunakan 'microchip'


NAND / NVM

Seringkali kita lihat perkataan NAND di spesifikasi SSD. Tapi apakah anda tahu apa itu NAND? NAND merupakan sejenis memori tidak mudah berubah atau nama mudahnya memory jenis ‘non-volatile’ (NVM). SSD ini menggunakan memori flash berasaskan NAND untuk menyimpan data secara kekal dalam memori walaupon disk tersebut telah dimatikan. Ini adalah salah satu sebab kenapa ramai memilih untuk menggunakan SSD dari HDD. SSD lebih laju dan kurang menggunakan tenaga. 


5 Sebab Untuk Tukar Kepada Solid State Drive (SSD)

1. Boot Windows Lebih Laju

Dengan menggunakan Solid State Drive (SSD), anda boleh melajukan boot komputer anda dengan lebih cepat (sekiranya menggunakan sistem operasi modern seperti Windows 7, Windows 8.1 atau Windows 10)

2. Read/Write Speed Yang Tinggi

Salah satu kelebihan SSD ialah ia mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD modern mempunyai RW speed 500-550 MB/s.

3. Sesuai Untuk Pengguna Berat / Heavy User

Pengguna berat atau 'heavy user', selalunya mempunyai pelbagai perisian yang digunakan untuk mereka melakukan kerja dengan cepat dan efektif. Jadi mereka memerlukan laptop mereka untuk cepat responsif. Dengan itu, SSD ini sangat sesuai bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.

4. Mengurangkan Stuttering / Tersekat sekat

Bagimereka yang menggunakan laptop untuk gaming (gamers tegar) , penggunaan SSD dapat membantu untuk melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering atau tersekat-sekat ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.

5. Windows Lebih Lancar Dengan SSD

Majoriti pengguna SSD kebiasanya akan memuat turun sistem operasi seperti Windows atau Linux di dalam SSD mereka untuk memastikan penggunaan harian menjadi lebih lancar dan responsive. Contohnya seperti proses start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser, scan antivirus dan sebagainya. Untuk optimasikan penggunaan ruang SSD, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu, video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa.


Kesimpulannya

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti dibawah, adalah digalakkan untuk anda menggunakan SSD untuk minyampan data anda.

  1. program selalu “hang” atau “freeze” ketika digunakan
  2. games tiba-tiba “lag” tanpa sebab yang pasti
  3. laptop masih lembab biarpun baru sahaja diformat
  4. sudah tukar cakera keras (HDD) baharu tapi masalah tidak selesai